Kolej Antarabangsa DMDI dengan sukacitanya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berbahagia Prof. Madya Solehah Binti Ghazali, BKT, yang merupakan Ketua Eksekutif Kolej Antarabangsa DMDI.
Pada 24 Ogos 2024 yang lalu, beliau telah dianugerahkan Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T) sempena Sambutan Hari Jadi Ke-75 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka. Pengurniaan ini merupakan satu pengiktirafan atas jasa bakti dan sumbangan besar beliau kepada pembangunan akademik serta kemajuan komuniti di Melaka, khususnya melalui peranan beliau di institusi pendidikan tinggi.
Semoga penganugerahan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Kolej Antarabangsa DMDI untuk terus cemerlang dalam bidang masing-masing. Kecemerlangan Prof. Madya Solehah ini bukan sahaja membawa nama baik kepada universiti tetapi turut membuktikan komitmen beliau dalam menyumbang kepada pembangunan negara dan masyarakat.
Sekali lagi, tahniah diucapkan!