Kod MQA
PA 14599
Kod KPT
N/812/4/0213
Tempoh Pengajian
2 Tahun 6 Bulan
Mod Pengajian
Sepenuh Masa
Diploma Pengurusan Pelancongan secara khusus dibangunkan untuk menyediakan liputan komprehensif mengenai pelbagai komponen industri pelancongan dan aktiviti kecekapan khusus yang diperlukan seperti dalam operasi pengembaraan dan pelancongan, pengurusan acara, pelancongan rekreasi, pemasaran pelancongan dan perkhidmatan interpretasi pelawat. Kecekapan asas lain dalam industri pelancongan seperti asas pelancongan dan hospitaliti, pembangunan profesional, komunikasi, keselamatan dan kesihatan, pembangunan keusahawanan juga tertanam dalam program ini.
Pengetahuan dan kemahiran yang merangkumi pengurusan pelancongan menyediakan graduan dengan pelbagai peluang pekerjaan. Selain pengetahuan teknikal dan kemahiran, program ini juga memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu pelajar secara bersepadu dan holistik melalui kursus seperti pengajian Islam dan moral, ko-kurikulum, kemahiran interpersonal dan keusahawanan.
Program ini merupakan satu landasan dan peluang untuk melanjutkan pelajaran di Universiti tempatan bagi program Ijazah Sarjana Muda.
Syarat Kelayakan
- Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya (3) Kepujian dalam mata pelajaran atau setara; ATAU
- Lulus Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya minimum (GRED C) dalam mata pelajaran atau setara; ATAU
- Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat sekurang-kurangnya minimum (GRED MAQBUL) atau setara; ATAU
- Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Level 3 dalam bidang berkaitan
Laluan Kerjaya
- Pegawai Perancang Pelancongan
- Duta Pelancongan Keluar Negara
- Pegawai Analisa Pelancongan
- Ahli Perniagaan
- Pegawai Pentadbir