Skip to main content

PENGENALAN KOLEJ

 KOLEJ ANTARABANGSA DUNIA MELAYU ISLAM atau lebih sinonim dikenali sebagai ‘KADMDI’ telah dinaikkan taraf pada 2005 sebagai sebuah gedung pendidikan bertaraf profesional di dalam penyediaan pelbagai program berbentuk akademi dan latihan. Perkhidmatan dan rekabentuk infrastuktur mencakupi ke semua sistem pembelajaran serta landskap asas pendidikan dan latihan, bagi menyelaraskan misi amnya untuk memiliki satu kolej yang berinovasi serta programnya mendapat pengiktirafan khususnya dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPT), dan lain-lain agensi yang berkaitan.

KADMDI telah mengabungkan tenaga pengajar yang berpengalaman, taraf pendidikan dan profesionalisma, pentadbiran yang dedikasi, pengurusan bilik kuliah, perpustakaan, juru khidmat kaunseling, penempatan dan kemudahan yang berhampiran, pelbagai aktiviti riadah, wifi, pengkomputeraan, restauran dan bilik solat untuk kegunaan semua masyarakat KADMDI. Ianya diterajui dibawah penyeliaan Ketua Eksekutif yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia melalui psaikologi penstrukturan hairaki organisasi yang lengkap dan bertimbang. KADMDI dibentuk sebagai satu platform di dalam orientasi pembentukan paradiqma pelajar sehingga ke tahap yang lebih tinggi dan cemerlang.

Kolej Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam | DMDI

Visi

Memperkasakan masyarakat ilmuan menerusi kepelbagaian kaedah di dalam menceburi dunia perniagaan yang cemerlang.

Objektif

Untuk membina pembangunan dinamik ke arah kecekapan pengurusan dan, keusahawanan, agar mereka dapat menggunakan kepakaran di dalam pelbagai kemungkinan, penyesuaikan diri, dan menjadi pemimpin pengurusan projek yang kompleks, kepelbagaian bentuk etnik dan budaya.