Skip to main content

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Kolej Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Bil. 1/2025 telah berjaya diadakan bagi membincangkan strategi dan perancangan pembangunan kolej bagi tahun 2025.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali, selaku Presiden Ahli Lembaga Pengarah Kolej DMDI (KADMDI) dan turut disertai oleh Prof. Datuk Sr. Dr. Mohaizi Mohamad, Presiden Universiti Geomatika Malaysia, bersama barisan kepimpinan lain yang komited dalam memastikan hala tuju kolej selari dengan misi untuk menjadi institusi pendidikan unggul.

Antara agenda utama yang dibincangkan termasuk:

Pemerkasaan Program Akademik & TVET – Memastikan kursus yang ditawarkan relevan dengan keperluan industri.
Jaringan & Kolaborasi – Memperluaskan kerjasama dengan institusi dalam dan luar negara.

Dengan perancangan strategik yang telah dirangka, Kolej DMDI terus komited dalam memperkasakan pendidikan dan melahirkan generasi cemerlang.

💡 Bersama membangun masa depan yang lebih gemilang!

#KolejDMDI #MesyuaratLembagaPengarah #PembangunanDMDI2025 #PendidikanBerkualiti #DuniaMelayuDuniaIslam