30 Disember 2024
Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, serta YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab. Rahman.
Pengisian utama majlis merangkumi bacaan doa tahun baru, ucapan oleh Rektor KADMDI dan CEO UGM Melaka, Prof. Madya Siti Solehah Ghazali, taklimat “Strategic Blueprint 2025” oleh Prof. Datuk Sr. Dr. Mohaizi Mohamad, serta persembahan kebudayaan dan pertandingan “Battle of the Queen (Pastri)”.
Majlis turut diserikan dengan sambutan hari jadi YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab. Rahman, sesi fotografi, dan jamuan makan.