Skip to main content

Penyertaan Kolej Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) di ICOSTELM 2025
šŸ“ Hotel AMES, Ayer Keroh, Melaka, Malaysia

Kolej Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) berbesar hati kerana telah berpeluang menyertai Persidangan Antarabangsa Ke-4 mengenai Kelestarian dalam Teknologi, Alam Sekitar, Undang-Undang, Pengurusan, Sosial, dan Ekonomi 2025 (ICOSTELM) yang dianjurkan oleh Universiti Geomatika Malaysia (UGM).

Penyertaan ini membuka ruang kolaborasi yang bermakna dalam membincangkan isu-isu penting berkaitan kelestarian merentas pelbagai sektor. Ia juga menjadi platform untuk memperkukuhkan jaringan kerjasama antara institusi pendidikan, penyelidik, dan pakar industri, sejajar dengan komitmen DMDI dalam memperkasa ilmu pengetahuan dan pembangunan mampan.

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penganjur atas peluang yang diberikan, dan berharap dapat terus menyumbang dalam inisiatif yang memajukan dunia akademik dan industri di masa hadapan.