Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada para graduan yang telah diraikan dalam Majlis Konvokesyen Ke-17 Universiti Geomatika Malaysia (UGM) yang telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang pada 19 Jun 2025 bertempat di PWTC, Kuala Lumpur.
Majlis ini menjadi lebih bermakna apabila ia turut melibatkan kerjasama erat bersama Kolej Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), menyaksikan kejayaan para pelajar Diploma Pelancongan DMDI menamatkan pengajian mereka dengan jayanya.
🌟 Konvokesyen ini bukan sekadar simbol penamat pengajian, tetapi permulaan kepada sebuah perjalanan baru sebagai tenaga muda berilmu dan berkemahiran. Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai yang ditimba sepanjang pengajian menjadi panduan dalam membina kerjaya serta memberi impak positif kepada masyarakat.
👏 Syabas kepada semua graduan — anda adalah kebanggaan institusi, keluarga dan komuniti!







