Kata-Kata Aluan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Saya merakam jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diusahakan oleh Kolej Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam bersama Majlis Agama Islam Melaka dan Tabung Amanah Pendidikan Melaka. 

Tahun 2021 memberi cabaran besar kepada negara ekoran pandemik Covid 19. KADMDI juga tidak terkecuali terkesan dengan pandemik Covid 19. Fungsi utama KADMDI dalam menjalankan pendidikan tinggi dan latihan juga turut terjejas dan terpaksa ditangguhkan selama hampir setahun berikutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh pihak kerajaan. Namun begitu, KADMDI tetap komited dalam mendepani cabaran ini dengan mengamalkan budaya kerja norma baharu. Pelbagai inisiatif budaya kerja norma baharu telah dilaksanakan bagi memastikan perjalanan sistem pembelanjaran diusahakan dengan lancar, antaranya adalah pelaksanaan online tutorial dan e-mailing.

Sungguhpun begitu, KADMDI akan sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pihak. Kerjasama daripada semua pihak terutama daripada pihak pemegang amanah amatlah diharapkan bagi memastikan pelajar dari golongan ASNAF tercapai. Dengan bantuan MAIM dan TAPEM akan merealisasikan masa depan mereka melalui pembelanjaran di KADMDI.

Sekian, terima kasih.

 

Yang Berbahagia, Tuan Mohd Ridwuan bin Tuan Seri Setia (DR) Hj. Mohd Ali.

PENGERUSI YAYASAN DMDI