Kata-kata Aluan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Setelah 27 tahun saya menimba pelbagai ilmu dan pengalaman di dalam mentadbir dan menguruskan Hal Ehwal Pelajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Insya Allah, saya akan membawa Kolej Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (KADMDI) ke arah kecemerlangan dan potensi pelajar menerusi program-program KADMDI yang diiktirafkan oleh MQA dan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi merealisasikan impian pucuk pimpinan Negeri Melaka iaitu Tuan Yang Terutama, Tun Seri Setia (DR) Haji Mohd Ali bin Haji Rustam.
Keistimewaan program Diploma Pengurusan Pelancongan KADMDI, mencakupi permintaan yang diperlukan oleh semua agensi pelancongan dan penerbangan di dalam dan di luar negara sekali gus menjadi permintaan tertinggi dari 23 buah Negara pengurusan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) untuk meletakkan pelajar mereka mengikuti program ini di KADMDI. Program Pengurusan Pelancongan KADMDI telah mendapat akreditasi sementara dari MQA dan kelulusan mentadbir dari Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Pelajar yang telah menamatkan pengajian selama 2 tahun 6 bulan layak meneruskan pengajian ke mana-mana universiti awam atau di luar negara. Pendaftaran dibuka sekarang kepada pelbagai kaum, agama dan warganegara untuk menimba ilmu bermula dari ’ZERO’ hingga kepada ‘HERO’.
Pelancongan Malaysia telah menyumbang tempat ke 3 untuk keseragaman ekonomi Malaysia malah ianya telah menjadikan tarikan negeri Melaka untuk mengekalkan tampat pertama di dalam industri pelancongan. Oleh yang demikian, peluang – peluang pelbagai pekerjaan di dalam industrI pelancongan yang pastinya akan ditawarkan dan dimiliki oleh para pelajar KADMDI. Sila berhubung dengan pejabat Pendaftaran dan Pengambilan Pelajar KADMDI untuk merebut peluang ini di talian 06 2810083.
Saya berbesar hati menerima pelajar yang tiada SPM atau gagal SPM/SPMV untuk belajar di KADMDI. Pelbagai keistimewaan menanti anda. Akhir kata, pencapaian KADMDI tanpa hasil usaha dan sokongan pelbagai pihak telah menggabungkan bakat, kualiti dan nilai bersama.
Sekian,
Datuk Prof. Madya Ahmad Bin Khalid