DESKRIPSI PENGENALAN KOLEJ ANTARABANGSA DMDI

 KOLEJ ANTARABANGSA DUNIA MELAYU ISLAM atau lebih sinonim dikenali sebagai ‘KADMDI’ telah dinaikkan taraf pada 2005 sebagai sebuah gedung pendidikan bertaraf profesional di dalam penyediaan pelbagai program berbentuk akademi dan latihan. Perkhidmatan dan rekabentuk infrastuktur mencakupi ke semua sistem pembelajaran serta landskap asas pendidikan dan latihan, bagi menyelaraskan misi amnya untuk memiliki satu kolej yang berinovasi serta programnya mendapat pengiktirafan khususnya dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPT), dan lain-lain agensi yang berkaitan.

 

KADMDI telah mengabungkan tenaga pengajar yang berpengalaman, taraf pendidikan dan profesionalisma, pentadbiran yang dedikasi, pengurusan bilik kuliah, perpustakaan, juru khidmat kaunseling, penempatan dan kemudahan yang berhampiran, pelbagai aktiviti riadah, wifi, pengkomputeraan, restauran dan bilik solat untuk kegunaan semua masyarakat KADMDI. Ianya diterajui dibawah penyeliaan Ketua Eksekutif yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia melalui psaikologi penstrukturan hairaki organisasi yang lengkap dan bertimbang. KADMDI dibentuk sebagai satu platform di dalam orientasi pembentukan paradiqma pelajar sehingga ke tahap yang lebih tinggi dan cemerlang.

 

Sejurus kepada permohonan KADMDI kepada Majlis Agama Islam Melaka, untuk mendapatkan seramai pelajar dari golongan Asnaf, KADMDI juga merupakan antara insitusi pendidikan tinggi yang menawarkan perkhidmatan komprehensif berskala penuh melalui semua faedah pasukan yang berdedikasi, pengawasan pembelajaran dan hal ehwal pelajar yang diselia serta dikawal rapi di bawah akta 555/1996 Pendidikan Tinggi Swasta.

 

Walaupun KADMDI berwajah kecil, akan tetapi penglibatan besar ahli Lembaga Pengarah KADMDI serta pemegang saham telah bergabung untuk merealisasikan kebijaksanaan penyediaan dasar kepada pengurusan KADMDI di dalam pentadbiran dan menguruskan hal ehwal pelajar untuk menjadikan pentadbiran akademi KADMDI yang dinamik serta berbakat dalam menyediakan pendidikan pengurusan ‘End-To-End’. Ini telah menjadi antara penyebab mengapa KADMDI sentiasa dicemburui dan bertahan hingga ke hari ini.

.

 

Visi: Memperkasakan masyarakat ilmuan menerusi kepelbagaian kaedah di dalam menceburi dunia perniagaan yang cemerlang.

 

Objektif:  Untuk membina pembangunan dinamik ke arah kecekapan pengurusan dan, keusahawanan, agar mereka dapat menggunakan kepakaran di dalam pelbagai kemungkinan, penyesuaikan diri, dan menjadi pemimpin pengurusan projek yang kompleks, kepelbagaian bentuk etnik dan budaya.